Hello . :)
I just want to share a story when I did hurt so much last time .
So the story was like this .
4.45 aku dah sampai jusco , pergi kerja , mak aku hantar .
Then , pergi window shopping dulu , aku masuk kerja pukul 6 .
Masuk F.O.S , duhh , aku lupa ada dia .
Tp dah nmpk dia tkkn nak patah balik .
Aku tgok baju2 and dia dtg kat aku .
Be professional . Professional sgt penting waktu kerja nty .
"Kerja mana ?"
"Jusco"
"bhgn mana ?"
"Baju laki , Blue Toms ."
"Ouh ."
"Dah lama kerja sini ?" aku pulak tanya
"Boleh lah . Dah nak sebulan gak lah ."
"Ouh ."
Aku senyum kat pekerja-pekerja F.O.S termasuk dia before blar .
Satu keluhan lega aku lepaskan .
Aku dah berjaya buang satu rasa takut and benci kat seseorang .
Susah tu . Aku dah makin kuat . Alhamdulillah .
Perut aku mula rasa lain macam begilir-gilir dgn
rasa sakit kepala yg buat aku rasa tak larat nak berdiri lama-lama .
Aku duduk kat bench kejap . Aku call promoter aku , mintak day off .
And dy ckp okay laa , tp esok masuk pukul 6 eh .
Then aku pergi surau . Baring2 kejap . Kot2 boleh rasa better ke .
Tp tak gak . So aku call mak aku , mntak dy amek .
Then ondaway balik , aku muntah , byk gila .
Alhamdulillah sempat capai plastik .
Terfikir , berapa lama tah aku tak muntah dah .
Sampai rumah , aku bukak kemeja , cabut tudung , terus lompat atas katil and tidur .
Dah malam sikit , aku terjaga . Rasa badan , panas .
Aku demam . *senyum . berapa lama tah aku tak demam .
Aku jarang sangat sakit and ,,
Aku suka sakit . Nak cuci semua dosa-dosa aku .
Tp masalahnya tak boleh solat . Mula lah sayu hati .
Aku try smbung tidur . Mimpi buruk lak .
Aku mimpi ramai orang datang lawat aku ,
Ada yg try amek kesempatan nak buat jahat kat aku gak .
Nak ptong kaki tgn aku lah bagai .
Tp aku tak boleh nak bezakan sape baik sape jahat .
Mcm simbolik dgn dunia sekarang . Huhh .
Ayah aku tanya , sakit lagi ke perut . Nak pegi klinik tak ?
"Taknak . " Aku tak suka makan ubat . Bukan sebab pahit ke apa
tp aku tak suka bergantung kat ubat . Nak guna antibody sendiri . Kerek~
Aku sambung tidur . Tp asyik terjaga .
Dah pagi , demam aku dah takde tp badan sakitnyaaaa .
Parents pergi IJN , nak rawat tuk ayah aku yg sakit jantung .
So aku dok rumah sorang-sorang .
Aku try tidur kat lantai , kot-kot boleh hilang rasa sakit .
Tp makin lama , makin sakit je .
Aku mandi , pedulilah sejuk tak sejuk .
Janji aku dapat solat . Aku dhuha sekejap .
Dada aku . Sakit nya Ya Allah .
Aku tekup muka aku dengan bantal , aku jerit kuat-kuat .
Apa aku cuba buat pun aku taktahu . =.='
Aku text husna . Aku cerita kat dia .
Dia suruh aku minum eno , minum air panas .
Aku dah buat semua , tp sakit still tak hilang .
"sakit sangat husna . aku tak tahan dah"
Air mata mengalir laju . Sabar iqa sabar .
Ni baru sikit . Dosa kau banyak lagi .
Sakit sikit ni tak mampu nak bersihkan dosa kau yang menggunung tu .
"kalau kau sakit sangat , baca Yaasin iqa . tak pun call mak kau . "
Aku amek Yaasin . baca t'esak-esak .
Masa ni baru lah nak ingat Allah .
Baru nak mintak ampun .
Allah nak pandang pun tak sudi .
Sedihnya aku rasa . Aku dah jauh sangat dengan Allah .
Aku mula cari idea nak pergi klinik .
Takkan nak jalan kaki ?
Kang sakit tengah jalan .
Nak bedal drive je kereta mak aku ?
kerja gilaa .
Last2 , aku mntak tlong hazirah , tanya mak dia , boleh tolong hantar aku tak .
Aku bukan jenis tak malu nak mintak tlong orang ,
tp sebab tak tahan sgt , sbb sakit yg aku dah tahan mcm apa je ,
sebab aku takut aku amik pisau tikam dada aku , aku tebalkan muka .
Sampai klinik pun kena tunggu lagi , tak tahu ke aku sakit gilaa ni .
Aku tahan air mata , jangan nangis , malu depan mak hazirah .
Tp mak hazirah cakap muka aku pucat gilaa .
Aku senyum , Allah je tahu betapa sakitnya aku sekarang ni .
Dah jumpa doktor , doktor cakap masuk angin je . Takde apa pun .
Aku tahulaa . Tp tak pyh lah ckp mcm tu ouh . Gila terasa .
Orang tengah sakit kan . Sensitif melebih . Haha .
Balik tu aku makan roti , milo , ubat , and then naik katil .
Sakit mula reda . Alhamdulillah .
After Isyak , aku ajak seorang sahabat aku Yaasin skali dgn aku .
Benda yg dah lama kitorg tinggalkan lepas SPM
yang kitorang selalu buat waktu SPM .
Tenang sikit rasa hati . Thanks kawan .
Malam tu aku tak boleh tidur . Macam-macam aku fikir .
Banyak nya dosa aku Ya Allah .
Baru teringat dosa apa yang aku dah buat .
Janji nak berubah , taknak ulang dosa lama ,
tapi aku still tak serik , buat gak .
Banyaknya janji aku yang aku dah mungkiri .
Banyaknya amanah Allah yang aku dah ingkari .
Aku ni dah boleh dikategorikan sebagai munafik .
Sedihnyaaa .
Banyak amalan yang aku dah tinggalkan ,
Banyak dosa aku buat sejak tinggalkan Sepintar .
Ya Allah bimbing aku balik Ya Allah .
Aku takut . Aku tak perlukan cinta manusia .
Aku perlukan cinta kau seorang je .
Rindu rasanya nak cintakan Allah melebihi segalanya .
Ampuni aku Ya Allah .
Lindungi aku dari segala kejahatan syaitan .
Kuatkan iman aku sebelum aku melangkah ke universiti .
Aminn . :'(